Dah start balik dah.

Jadual yang sangat ketat. Pest control habis kerja 11hb. Baru boleh buka bait, sembur kayu2 siling. Tembak bawah lantai. Lepas tu kontraktor lain plak start buat kerja. Finishing wiring. Buat plaster ceiling utk 3 tpt lagi. Kilatkan marble lantai. Kontraktor habis kerja 14hb. Perabot masuk 15hb malam, siang dah boleh pindah sikit2. Stok meniaga dah siap2 tinggal dalam rumah. Beras bawak masuk dulu. Perabot janji datang pukul 7, tapi diorang sampai pukul 10. Kene tipu dengan kaum belit ni.

16hb. Ingatkan nak pindah besar-besaran. Tak larat. Sebab malam meniaga. Siang tak larat. Minum power root 3-4 tin pun tak membantu. Nak tambah artificial energy la konon. Paksa badan. Tak larat jugak.

17hb. Pindah besar-besaran. Kemas2 angkut2 turun bawah. Kene tipu lagi dengan kaum yang sama. Janji pkl 3 lorinya sampai. Sampai pukul 4 tak sampai2 lagi. Awan kumulusa nimbus dah berkampung betul2 kat area rumah. Barang kat luar. Call yang terakhir. “You mau bisnes ke tak mau bisnes nih?”. Pusing. Pusing. Pusing lagi jawab. Berpusing2 lagi jawapannya. “I tak mau dengar sume tu, U bole datang ke tak bole datang, itu sahaja I tanya”. “Ok la bos, senang cerita, our deal is off”. WTF!

Dengan pantas, cover muka dengan En Kalit, dan En Lan. Pegi warung En Napi. Buat2 beli air. pastu tanya2 sume orang kat situ ada kenal yang bawak lori dekat2 tak. En Yusof. Jumpa En Yusof. Dia sibuk. Dah berjanji dengan orang lain. En Aziz. Jumpa En Aziz. Boleh tu boleh, tapi ada kotak la dalam lori. Ok je En Aziz. Janji sampai. Ad hoc gila2.

Sampai, turun2 barang, kemas2, makan2. Letih sgt2. Officially kami sekeluarga siap berpindah di rumah baru 18hb. Alhamdulillah. Masih dalam tempoh masa yang di sasarkan.

——————————–

Malam tadi, Harris tanya ayah masa kat rumah, “Ayah, jom bayek..”. “Haa, ni kan rumah kita Ris, nak balik mana lagi?..”, “Alaaa, ajummmaaa bayek..”. Dia tak dapat lagi “sense of belonging” kat rumah tu, rasa macam rumah orang lain lagi. Dah biasa antara 2 rumah je, tak BTR, Damai Perdana. Hari ni, Harris demam. Rasa terkilan sebab tak boleh nak hantar dia pegi klinik. Berkejar pegi kerja. Kelas pukul 8.30. Tak sempat pun. Hari ni saya rasa zalim kepada semua. Kepada Harris sebab tak sempat hantar dia ke klinik. Kat my lovely wife sebab dia pun confirm lewat ke tempat kerja sebab kena hantar Harris dulu. Kat my students sebab tak sempat nak buat kelas pagi, kena ganti time lab. Kat accreditation committee members, sebab tak boleh nak menolong sangat, kena masuk meeting MICE pulak lepas tu.

Hari yang penuh berantakan. Hasilan perancangan yang pincang. Semester yang baru start skrg ini bagi saya masih belum stabilized. Skrg ni sibuk sebenarnya, tapi saya saja ambil masa. Tulis blog, pandang ke belakang semula, muhasabah, post mortem diri sendiri.

4 Comments

  1. julia d bubbles says:

    alhamdulillah dah selamat pindah. congrats. and good luck.
    moga kerja baru, perniagaan baru & rumah baru semua nya baik2 belaka.
    and semoga Allah permudahkan semua rintangan. utk sy juga :)

  2. admin says:

    selamat.. bila nak datang rmh kitorang noi?. Ama ko dah sampai dah.. hehehe :p

  3. julia d bubbles says:

    tu arr..balik pon xcukuP masa nak singgah2. insyaAllah cuti CNY ni, try klau free..smpai la.. hehe

  4. admin says:

    takpe noi.. ala2 free datang la menyinggah. rumah pun bersepah2 lagi. tak tau la bila nak abih kemas..

Leave a Reply