2 bulan senyap.

Entah. Susah sangat agaknya menulis. Tiada masa? alasan. Sibuk sangat ke? memang sibuk. Alasan lagi.

Tujuan pembangunan blog ini pada awalnya adalah untuk memaparkan hasil seni fotografi, bidang yang dah sangat lama saya minati tapi baru sahaja diceburi. Akan tetapi lama kelamaan, blog ni nampak semakin sendat dengan hala tuju yang semakin bercabang2. Nak letak gambar, nak letak nota, nak letak teknik2 penghasilan duit terkini, nak letak isu semasa, dan macam2 lagi dalam kepala, semua nak di sumbat dalam blog. Bila banyak sangat, hala tuju berciciran.

Saya kena menulis balik. Saya mesti. Nak dapatkan tempo untuk menulis balik. Bukan senang. Bukan kerja senang.

Selamat hari raya aidiladha. Maaf, terlewat.

5 Comments

  1. zampeada says:

    satu2lah njoi… ada byk ruang dan masa utk mengetengahkan semua perkara yg ingin kau utarakan.

    apa pun, dahulukan dulu apa yg kau paling minat sekali.

    OK?

  2. admin says:

    entah la zam.. aku rasa aku tanak mengutarakan ape2 la skrg ni.. aku mcm nak meselatankan, membaratkan, dan mentimurkan je sume input yang ada.. hehehe.. ala2 taici keliling la… hehehe :p

  3. zampeada says:

    lawok lar ko ni. semua arah tu… mmm… tetap tak ke mana gak tuh njoi… kalau nak balik kampung pun rasanya akan lambat lah nak sampai… sbb semua arah kau pergi. atau tak sampai langsung.

  4. admin says:

    testing kat umah akak..

  5. admin says:

    itu namanya “taichi keliling” zam, terma yg selalu saya gunakan tatkala bekerja di SYABAS dulu… heheheh :p

    Ada pro & kontra nye.. bagus di fikirkan.

Leave a Reply