3 bulan menyepi. 3 bulan tanpa bintang.

Salam aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini. Pada yang sms ucapan hari raya tapi saya tak sempat nak reply, saya mintak maaf banyak2. Pada yang saya ada terhutang, termakan, terminum, dan byk2 ‘ter’ lagi, saya mintak halal dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Sesungguhnya saya adalah insan kerdil yang lemah dan tidak terlepas dari belenggu dosa.

Pada sahabat karib saya, sewaktu saya bertugas di JAD dahulu, saya tumpang berduka atas kehilangan permata hati beliau. Allah lebih menyayanginya. Apa2 pun beliau telah pun berusaha gigih, dari segi masa dan wang ringgit untuk memastikan keberlangsungan hidup anaknya. Walaupun saya lebih dahulu bergelar bapa daripada beliau, akan tetapi saya tidak pernah melalui pengalaman getir seperti beliau. Anyhow bro, life must goes on. Any event that happen, we have to stay focus. Focus on life ahead of you. You still have to walk the path, the path that have been crave for you. Allah knows what the best for you. Just don’t argue and don’t be sad. La tahzan.

Sememangnya saya sgt tersentuh dengan kejadian ini. Mungkin atas sebab saya juga seorang bapa kepada 2 orang anak. Kepada rakan yang belum dimaklumi, isteri saya melahirkan anak kedua pada 20 Julai 09 yang lalu. Anak lelaki yang bernama Hadief Zayed. Blog Isteri, dan sepupu2 dah lama mewar-warkan berita gembira ini. Saya terlewat atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Syukur pada Allah, atas segala nikmat dan rezeki yang diberikan. Terima kasih juga kepada isteri saya, kerana sanggup bertarung nyawa melahirkan anak kedua kami. Terima kasih.

Sebenarnya ada banyak lagi info2 berguna untuk saya kongsikan bersama. Cuma saya nak khususkan blog ini bersempena dengan hari raya.

Selamat hari raya aldilfitri. Maaf zahir batin.

4 Comments

  1. zampeada says:

    selamat hari raya onjoi!

  2. admin says:

    tq zam, selamat hari raya to u too bebeh!

  3. Nida says:

    Trima kasih sbb disamping umi dlm bilik bersalin walaupun setengah jam…

  4. admin says:

    sesama umi…

Leave a Reply