25hb, malam 26hb itu hari, saya bersama isteri, anak2, dan Najiha melawat Kuala Terengganu. Tujuan utamanya adalah untuk berkunjung ke perkahwinan rakan setugas saya, cik puan Malisa, di Dewan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. 26hb siang, saya, isteri, anak2, dan Najiha menghabiskan masa melawat, atau dengan erti kata lain melencong melancong ke tempat2 menarik di Kuala Terengganu. Berikut adalah gambar2 semasa lencongan lawatan kami berempat. Mana gambar yang tiada caption, akan ditambah dari semasa ke semasa. Onjoy Enjoy.

Legend.
PBB  :  Pantai Batu Buruk
BKT  :  Bandaraya Kuala Terengganu
PP  :  Pasar Payang
PTK  :  Pantai Teluk Ketapang (confius.. ye kot nama die..)
TTI  : Taman Tamadun Islam
Dara Inn :  Dara Inn (tpt kami menginap)
Ekspo  :  Ekspo setahun KT jadi bandaraya
PAT  :  Perpustakaan Awam Terengganu
NAB  :  Noor Arfa Batik
LTT  :  Lapangan Terbang Terengganu (tak tau nama saintifik die..)

Secara keseluruhannya saya agak kurang berpuas hati sebenarnya, berkenaan dengan lawatan kami ke KT. Secara jujurnya saya merasakan lawatan kami tak berpadanan dengan duit yang dikeluarkan. Masa atau timing melawat juga agak tidak kena, kerana pada masa kami pergi ke sana, ramai lagi orang luar yang datang ke sana untuk berkempen atau membantu kempen. Sedengar saya pada waktu saya sampai ke sana, seramai 18,000 orang (luar) telah berada di KT. Politik lagi.. hish. Agak menyampah jugak la saya.

16 Comments

  1. umi says:

    cantik picture2 ni…yg x cantik org yg posing tu…nmpk umi gemuk…xcun…gemuk berisi…hehehehe

  2. admin says:

    ish.. mana ada gemuks, chubby je. sedap2 peluk.. huhuhuhu :p

  3. bubbLes says:

    aish2
    sile berkelakuan sopan2 di blog xp

    souvenir saya?

  4. admin says:

    ish.. tu bersopan le tuh.. saya tidak mengeluarkan sebarang perkataan kontroversi lagi ni.. hehehe :p

    suvenier anda sila tanya kepada along anda ye. sekian terima kasih. hush hush hush (lari….. :P)

  5. umi says:

    xder la noi…bak kata carrot…budget lari…nanti2 lah kiterorg melancong overseas nanti…setakat ganu…kat KL pun blh beli kopok lekor…hehehehe…yg ada tngkap gmbr jer lah…wt cuci mata…

  6. carrot says:

    ye, saya sokong 300%. nasihat saya sekali lagi, kalo melancong dalam negara, bawak la kete. selagi harga minyak 1.80, save 30%-40% kos keseluruhan. lain la kalo harga minyak naik 2.70, yang tu save kalo naik flight.

  7. bubbLes says:

    umi & carrot,
    ala kalau kopok lekor tu hlg di pandangan mata. len kali beli kan sy key-chain leh smpan wt kenangan. rm1 satu pn xpe. the thought that is count. hehe *sy tgh nk menambah koleksi keychain*

    kalau nk g lgkawi bwk kete ssh, so tpkse gk la nek flight. huhu

  8. carrot says:

    kalo langkawi mmg harus naik flight aaa, takpe sewa kete sana murah lagi, kalo ramai bole sewa van terus. jgn van aaa, amik la estima ke, grand livina ke, cikai2 pun citra la, baru kelassssssss..

  9. elly says:

    best x dara inn tu…leh bg no talepon mereka..sy tgh cr chalet nak p sana nii..tganu..thz u

  10. admin says:

    Boleh tahan la, no telepon dia : 096668482. Kat website diorang pun ada kot, pls ask mr google. tq.

  11. zampeada says:

    jurugambar mana seh?

  12. admin says:

    Jurugambar dok sibuk amik gambo je, tak sempat bergambo pung..

  13. azizi says:

    aisyeh.
    sakan jalang2 mung….
    makang dok ingat hokkk…

  14. carrot says:

    hehehe.. mung cakap ganu slang belande wok.. hehehe :p

  15. kak ita says:

    teringin la nak g kat banyak2 replika masjid tuh…

  16. admin says:

    pegi la ita.. cantik tpt tuh..

Leave a Reply