Sessi halaqah yg dijalankan di tempat kerja hari ini, agak membuka mata (mata hati) saya berkenaan dengan maksud sebenar bekerja. Sessi ceramah disampaikan oleh Tn Haji Norizal ini berlangsung selama 1 1/2 jam, memuatkan banyak isi2 penting berkenaan dengan Budaya Kerja Positif.

Ada 2 perkara yang terus menerus saya fikirkan walaupun selepas sessi halaqah berakhir. Pertama, perbezaan terma antara “keperluan hidup” dan “tuntutan kehidupan”. Selama ini, dalam pekerjaan, ada 4 faktor yang saya pentingkan secara berturutan, pertama ialah gaji, kedua minat, ketiga persekitaran tempat bekerja, dan yang keempat ialah dgn siapa saya bekerja. Sebenarnya kesemua 4 faktor ini adalah tergolong dalam “keperluan hidup”. Sebagai manusia yang hidup di bumi ciptaanNya, kita tidak boleh hanya memandang kepada bagaimana untuk memenuhi keperluan hidup sahaja. Untuk hidup yang lebih bererti kita seharusnya memenuhi kedua-dua terma yang disebutkan tadi, “keperluan hidup” dan juga “tuntutan hidup”.

Terma “tuntutan hidup” boleh saya jelaskan secara ringkas sebagai cara untuk kita memenuhi tuntutan kita sebagai hamba. Allah sebagai Tuhan telah memberikan kita rezeki yang tidak ternilai, tempat tinggal (bumi) dan segala-galanya. Jadi sememangnya sangat perlu untuk kita bekerja untukNya, sebagai hambaNya.

Perkara kedua yang bermain-main dalam fikiran saya adalah berkenaan dengan “graf kebahagiaan”. Kebahagiaan di gambarkan pada satu garisan melintang. Sekiranya terlebih pada garisan itu, maka “syukur” diperlukan untuk kembali pada garisan benchmark kebahagiaan tersebut. Dan sekiranya keserabutan menimpa, musibah, dan sebagainya , maka konsep “sabar” pula yang mengambil tempat untuk kembali ke garis benchmark kebahagiaan tersebut.

Pada umur “pertengahan hidup” sekarang ini, perubahan pada garis kebahagiaan itu berlaku dengan sebegitu pantas dan anjal. Contohnya, seminit yang terdahulu saya bahagia, pada saat yang ke-61 kedukaan boleh menimpa. Begitu cepat sekali. Jadi, harus sentiasa beringat. Bak kata orang tua, “Ni yang ketawa lebih2 ni la kang yang menangis teresak2″.

Pengajaran, jgn ketawa berlebihan, sentiasa fokus pada matlamat hidup yang sebenar.

:)

5 Comments

  1. umi says:

    mmg selalu kena mcm tu…huhuhu…

  2. rina says:

    oho sudah lama x update…dh start ngajo ke??

  3. zampeada says:

    semoga tak pergi kerja dpt gaji buta lar gitu kan… hehehe… muhasabah diri kejap… keh khe khe

  4. admin says:

    to umi : ye… selalu…

    to rina : suda.. as u notice above-right - mobile data communication.

    to zampeada : ikhlas itu penting zam.. hehehehe :p

  5. umi says:

    please vote Harris @ Sinar.fm

    http://www.sinar.fm/komuniti/SiCilik09/default.asp?whichpage=9&pagesize=5

Leave a Reply