Fokus adalah merupakan satu kemahiran dalam hidup yang saya sgt suka. Suka dalam maksud, ’saya suka bila saya dalam keadaan yang fokus’ ataupun ’saya suka melihat orang yang sedang fokus pada sesuatu perkara’. Kemahiran memfokuskan diri dalam sesuatu perkara bukan secara tiba2 ada seawal waktu bayi dilahirkan. Kemahiran memfokus bagi saya perlu dipupuk dan dilatih setiap hari.

Saya ada cara tersendiri untuk melatih diri supaya lebih fokus, mungkin boleh dikongsi bersama rakan2. Caranya ialah dengan mendengar lagu.

Lagu terdiri daripada elemen muzik, dan suara penyanyi lagu tersebut. Elemen muzik pula boleh dipecahkan lagi kepada bunyi drum, gitar bass, gitar rythm, piano, trumpet dan sebagainya. Suara penyanyi pula boleh dipecahkan lagi kepada suara penyanyi utama dan suara penyanyi latar.

Cara latihan, dengar betul2 lagu tersebut, kemudian pilih, apa sebenarnya yang anda mahu dengar daripada lagu tersebut? Contoh, anda mahu dengar gitar bass.

Kemudian sambil mendengar keseluruhan gabungan bunyi2 dalam lagu tersebut, anda cuba fokus kepada bunyi gitar bass. Gitar bass sahaja. Proses ini kemudian diulang2 untuk bunyi muzik yang selainnya, contohnya anda boleh dengar drum sahaja, kemudian trumpet sahaja, kemudian piano sahaja, kemudian suara penyanyi utama sahaja.

Kemudiannya, setelah selesai pengasingan setiap elemen dalam lagu tersebut, akhir sekali tutup lagu tersebut, jangan dengar atau fikir apa2 selama 5-10 saat. Dalam keadaan yg tenang, cuba gabungkan semula bunyi yg telah anda pecah2 kan tadi dalam fikiran anda, tanpa bantuan bunyian dari luar.

Hasilnya, bagi saya, saya rasa lebih fokus, dan saya rasa lebih puas mendengar lagu!

Tapi jgn cuba cara ini sekiranya fokus anda diperlukan untuk perkara yang lebih penting, contohnya, ketika anda sedang memandu. Sgt bahaya.

:)

5 Comments

  1. umi says:

    focus…jgn sampai tayar pecah lg….doakan umi dn baby selamat yer…

  2. umi says:

    yah…umi dah takut nie…

  3. admin says:

    iye umi.. semoga selamat semuanya.. nak takut ape.. sabar je la.. nak wat cane..

  4. zampeada says:

    ada gak coba… hehehe… tapi tertidur… keh keh keh…

  5. admin says:

    hehehe.. itu terlalu fokus namanya zam… :p

Leave a Reply