Sekadar mengisi kekosongan masa ditempat kerja.
Pagi tadi sepanjang perjalanan ke tempat kerja, saya mendengar topik yg di perbincangkan dalam HotFM. Topiknya “Bagaimana anda menjaga diri anda supaya kelihatan cantik, bergaya, dsb” yg dikelola oleh team JawaRangers. Sepanjang-panjang saya mendengar siaran itu, saya rasakan 60% jumlah SMS dan call yang diterima mereka adalah daripada pihak lelaki. Bermacam-macam pendapat dan idea yang diketengahkan dalam rancangan itu.
Ada seorang caller (lelaki) dari KL mendedahkan, dia menjaga tubuh badannya dengan sebaiknya. Beliau pergi ke Gym 5 hari dalam seminggu, spa dan facial sebulan sekali, termasuk manicure dan pedicure. Sejenak saya mendengar pendedahan yang dibuat, perkataan pertama yang keluar dari mulut saya ialah, “Wow! pandainya dia memanjakan diri”.
Berfikir-fikir lagi, terbit dalam minda saya perkataan metrosexual. Metrosexual seperti yang didefinisikan dalam Wikipedia berbunyi, “Metrosexual is a neologism of the 2000s generally applied to heterosexual men with a strong concern for their appearance, and/or whose lifestyles display attributes stereotypically attributed to gay men. This may also include extreme vanity. Other aspects of metrosexuality may include plucking eye brows and particular attention to skin care, hair style or clothing fashions.”
Term Metrosexual ini diketengahkan oleh Mark Simpson, seorang journalist, pada tahun 1994. Beliau juga memperkenalkan terma Retrosexual, iaitu sifat yang berlawan dengan Metrosexual ataupun anti-Metrosexual. Golongan lelaki Metrosexual adalah golongan lelaki yang mempunyai lebihan sumber kewangan yang mantap yang sangat concern dengan penampilan diri, streotaip dengan golongan gay (homosexual) tetapi mereka tak semestinya gay, mereka samada boleh jadi gay,straight, ataupun bisexual. Mereka suka menetap di bandar-bandar besar kerana mereka boleh mendapat kemudahan penjagaan diri dan membeli belah dengan senang.
Alhamdulillah, saya tidak seperti mereka. Saya kurang mempunyai lebihan kewangan yang mantap. Kalau ada lebih pun, saya lebih suka merantau bersama keluarga, and snapping (snapping?) the memorable moments. Akan tetapi saya suka idea ke gym 5 hari seminggu itu, kalau tak dapat 5 hari pun, 3 hari pun jadilah, boleh diselang-selangkan. Untuk kesihatan.
![]()


umi says:
umi suka kalo ayah pakai kemeja warna pink…nmpk jambu…
23 April 2009, 11:12 amadmin says:
hah! hahahahaha.. tlg laaa…
23 April 2009, 12:34 pmnURmALa mAZLaN says:
wakakakaka…nak tgk abg edi pakai kameja merah jambu
23 April 2009, 2:31 pmumi says:
encem apa…dlm byk2 baju…warna pink yg menggoda hati i…hahahaha
23 April 2009, 2:56 pmadmin says:
to mala : in your dream, mala.. in your dream.. hehehe :p
to umi : jgn nak ngade2 g beli baju pink ye.. terima kasih..
23 April 2009, 3:05 pmumi says:
kalo dh beli kena gak pakai kan? kalo x rugi…cedih umi nanti…
23 April 2009, 3:43 pmadmin says:
takde beli2 nye.. tak payah..
23 April 2009, 6:02 pmjulia d bubbles says:
bg je adiah, mesti tepakse pakai kan sbb teharu org dah bagi ngehngeh~
24 April 2009, 10:28 pmadmin says:
hehehe.. takde nak terharu terharu nye deh.. :p
27 April 2009, 5:10 pmzampeada says:
saya bukan metrosexual… saya sensual… keh khe keh…
5 May 2009, 9:54 amadmin says:
to zampeada : zam.. sensual ok.. jgn sensaoil sudah.. ahahahahaha :p
5 May 2009, 10:03 amzampeada says:
mental sewel kot… hehehe…
31 May 2009, 12:35 pm